Anda bahagia dalam CINTA?

Kami di kelab ini perlukan sokongan anda.. Berikan undian dan komen anda di ruangan undian dan ruangan 'comment' pada setiap artikel. Semoga ALLAH merahmati kamu. Kamu kawan saya !!

Tuesday, August 3, 2010

Abuya Seorang Waliyullah?

Aku berkawan dengan orang-orang Arqam. Dan dengan bangganya kami waktu itu digelar Arqam Batik oleh Abuya kerana orang-orang seperti kami tidak memakai serban dan jubah. Aku fanatic kepada Abuya dengan cara aku sendiri. Aku rasa cara ‘kefanatikan’ aku tidak sama dengan ahli kumpulan Arqam yang lain-lain itu.

Pernah ketika Abuya berada di luar negara, suasana kecoh seketika mengatakan Abuya akan pulang ke Malaysia dengan menyewa sebuah kapalterbang dan membawa bersamanya ulama-ulama Sunni dari Mesir dan Jordan untuk berbahas dengan ulama Malaysia perihal tuduhan sesat yang dilemparkan oleh kerajaan Malaysia terhadap kumpulan Al Arqam. Diwar-warkan juga bahawa jangkaan sekitar 2 juta orang rakyat Malaysia akan menunggu kepulangan Abuya dari luar negara. Mereka akan menanti di Subang (KLIA belum ada) dengan bersemangat sambil menyanyikan lagu Pulanglah Abuya…. (kenangan ini sungguh mengharukan saya…)

Antara seorang rakan baik saya dari Jemaah Arqam bernama Roslan a.k.a. Mail Arqam. Dia berniaga di pasar malam. Kemudian saya mendapat tahu bahawa Abuya akan pulang ke Malaysia dari Ghafar Sarnap abang Rohawi. Beliau meminta saya bersiap-siap untuk pergi ke Subang menanti pendaratan Abuya. Tapi saya katakan padanya saya sekarang bekerja di Johor Bahru.

Keinginan untuk menyambut Abuya Imam Ashaari kuat terasa waktu itu. Seminggu selepas itu, apabila pulang ke kampung di Pontian, saya terus bertemu Roslan. Saya katakan pada Roslan bahawa saya ingin menyambut kepulangan Abuya ke tanahair setelah 8 tahun beliau berdakwah di luar negara. Bagaimana saya akan menghubungi Ghafar atau dia untuk ke Subang sedang saya bekerja di JB? Dalam hati saya, alangkah bagusnya jika Roslan dapat memberikan no telefon untuk saya hubungi. Tetapi jawapan dari Roslan sungguh di luar harapan saya.

‘Kalau kau nak jumpa sangat dengan Abuya mesti dapat jumpa punya, samada kau bermimpi atau bagaimana, alamat akan diberi oleh Allah.’ Begitu mudah kesimpulan Roslan dan saya terdiam atas keyakinan beliau itu. Saya tersenyum dengan jawapan yang mudah itu….

Demi masa, saya meneruskan pekerjaan di JB. Berniaga kecil-kecilan. Setiap hari apabila balik ke rumah kakak saya (tempat saya menumpang) saya akan bercerita tentang Abuya dengan kakak. Bila selesai mengerjakan solat saya akan membaca Aurad Muhammadiah, wirid yang diamalkan oleh ahli Arqam walaupun saya belum lagi mendapat ijazah untuk mengamalkannya dari Abuya. Sebahagian dari wirid itu hanyalah beberapa ayat dari Al Quran dan biasa digunakan sebagai pendinding bagi orang Islam.

Apabila malam saya akan tidur dengan berdoa kepada Allah.. ‘ Ya Allah ya Tuhanku… jika aku tak dapat bertemu dengan Rasulullah.. dapat bertemu Abuya dalam mimpi pun jadilah… amin..” Demi Allah itulah doa saya ketika itu pada setiap malam. Jika itu dikatakan fanatic terpulang kepada anda. Saya rindukan Abuya…

ABUYA DITANGKAP

Amat malang bagi kumpulan Al Arqam apabila tidak lama selepas itu, Abuya ditangkap di sempadan Thailand oleh pihak polis Malaysia. (saya tidak mahu mengulas panjang peristiwa penangkapan ini.)

Lebih kurang 2 minggu selepas ditangkap, kerajaan mengarahkan Abuya mengadakan slot penerangan berkenaan penyelewengan Al Arqam di RTM. Kami sekeluarga menonton siaran RTM itu sambil menangis. Kemudian itu Jemaah Al Arqam diarahkan supaya mengadakan siri penerangan ke seluruh Negara pula.Saya telah terputus hubungan dengan kawan-kawan Arqam, banyak mereka telah di tangkap dan mendiamkan diri. Risalah-risalah juga beredar di kalangan orang awam dengan pelbagai versi cerita.

Dalam masa-masa tersebut kakak saya pula akan berpindah ke Kuala Lumpur. Saya tidak ada tempat menginap di JB. Maka saya perlu mencari kerja sementara dan ada penginapan. Dalam mencari kerja saya perlu sijil-sijil persekolahan saya untuk mendapat kerja yang lebih bagus. Maka, saya perlu pulang ke kampung.

Jam waktu itu sekitar pukul 3 petang. Saya memberitahu kakak saya, saya ingin keluar.. ‘jika saya lambat balik jangan risau, jika lambat sangat balik pun jangan risau…’ sebab saya fikir jika tak sempat untuk pulang semula ke JB pada waktu malam dari Pontian, saya akan kembali semula ke JB pada keesokan harinya sahaja.

PULANG KE KAMPUNG

Saya balik ke kampung menaiki bas. Saya tiba hampir pada waktu Maghrib. Alangkah terkagetnya saya, apabila adik-adik saya bersorak-sorak mengatakan ‘ Abang sudah balik! Abang sudah balik!’ Apa peliknya saya balik ke kampung?

Rupa-rupanya, 3 hari sebelum itu adik saya telah menelefon salah seorang jiran kakak saya meminta disampaikan pesan, minta saya diberitahu bahawa Abuya akan mengadakan siri jelajah penerangan ‘Penyelewengan Al Arqam’ di Kg Parit Hj Siraj Pontian (perkampungan itu kini telah menjadi belukar dengan kesan tapak runtuhan bangunan, surau dsb) Tapi sayang sekali, jiran tersebut tidak pun menyampaikan pesanan tersebut. Saya pulang ke rumah semata-mata kerana hendak mendapatkan sijil-sijil persekolahan saya saja Sungguh.. Tuhan telah member saya alamat!

Saya tiba di rumah ayah dan bersembahyang Maghrib, untuk terus ke Pt Hj Siraj mendengar ceramah Abuya. Kelibat Abuya belum kelihatan sehingga selepas Isyak. Saya berdiri di laluan masuk, saya ingin bersalam dengan Abuya. Ada sekitar 2 ribu orang berhimpun ketika itu. Tiba-tiba saya terdengar panggilan dari Ustaz Sallahuddin, Mudir Sek Arqam yang juga adik kepada pelakon Baharuddin Hj Omar(Anjang Aki); “Man, dah jumpa Abuya?’

‘Belum! Ustaz’

Kalau nak salam dengan Abuya tunggu betul-betul kat tepi jalan tu!’ tinggi suara Ustaz Sallehuddin.

Hai.. tahu pulak ustaz Salahuddin ni aku nak salam dengan abuya… getus hati saya. Begitulah orang Arqam yang saya kenal, rasa hati mereka sangat kuat. Dan mereka percaya sungguh pada hal-hal sebegitu.

Tidak lama Abuya pun tiba diiringi oleh anggota polis dan krew televisyen. Abuya berjalan sangat pantas. Semua orang tidak bersalam dengannya. Aku jadi keliru. Seorang rakan Arqam memberitahu cara berbisik, Abuya tidak benarkan ahli Arqam bersalam dengannya, kalau anta nak bersalam hulur tangan..

Tanpa berlengah, aku menyebut nama ‘Abuya…!’ Abuya berpaling kepada saya, tersenyum dan menghulurkan tangannya… Subhanallah! Aku sambut dan kucupi tangan Abuya. Kemudian bersambut-sambut huluran tangan orang lain kepada Abuya, terkocoh-kocoh jurugambar mengambil gambar kerana permulaan salam yang tak semena-mena itu…

Sessi penerangan berlangsung hingga ke tengah malam..( aku juga tidak akan bercerita tentang hal itu dalam tulisan kali ini). Dan aku pulang ke rumah ayah dengan rasa sangat gembira.

Di pendekkan cerita, pada pagi keesokkan harinya ketika aku pulang semula je JB, di depan pintu rumah kakak… saya beritahu kepadanya; ‘Kak, semalam saya bertemu seorang yang paling saya sayang dalam dunia ini…’ Spontan kakak saya bertanya,’ Kau jumpa Abuya????’

Kakak saya ingat saya berjumpa Abuya dalam mimpi !

Tidak, semalam saya bertemu dengan Abuya secara jaga. Bukan dalam mimpi, saya bersalam dengan Abuya, saya kucupi tangannya. Sama seperti kata-kata Roslan; ..jika kau hendak sangat bertemu dengan Abuya, mesti dapat jumpa punya, samada kau bermimpi atau bagaimana,alamat akan diberi oleh Allah.’

Teringat kata-kata kawan saya seorang Indonesia bernama Andy… ‘Orang-orang wali ini jika engkau hendak sangat bertemu dengannya, kau akan bertemu samada dalam mimpi atau secara jaga. Wallahua’lam.

Catatan Rindu buat Abuya..

…dari Danial Harris. Al Fatihah

Tuesday, May 4, 2010

Tak de kerja lain????


Aduh mak aiii!! Ni apsal jadi macam ni.. tak sayang harta betul... Orang lain jaga baik-baik kau kasi rosak pulak. Kalau kita tak mahu barang 'kemas' kita diambil orang, simpan di tempat yang selamat. Bukan buang kat longkang.

Prinsip asas dalam udang-undang., Hakim tak tanya isteri kau buat jahat atau tidak, yang kau tikam 'anu'nya buat apa??!!!

Zalim betullah... Masuk lokap!

Thursday, April 29, 2010

Ku Lagukan Resah Ini...


(.. kenangan buat arwah adik Aminulrashid)

Kulagukan resah ini
buat anak yang ku nanti
tika lahir tubuhmu ke dunia
ayahmu ini telah pun piatu
tapi engkau masih punya
aku dan ibumu.

Minumlah susu ibumu sepuasnya
biar kuat berjalan berlari
subur segak naluri insani
tiadalah menjadi seumpama kami;
Ibunda kami menyusukan kera di hutan
kami merengek di buaian kehausan
merangkak sendiri, bertatih sendiri
sendiri berjalan jatuh, sendiri jadi dewasa
akhirnya bisa juga berlari dan berlari
hingga begitu terasakan ketakutan
seperti dikejar sesuatu
yang kami tidak tahu(?)

Ku lagukan resah ini
buat kau anakku putera
atau puteri
andai direnung nasib kami kini
atau tiada Tuhan dalam hati
terasakan tiadanya kemampuan
walau sekadar mengajar engkau berdiri
tapi kami punya suatu mimpi
akan kelahiran seorang pahlawan
atau serikandi.

Dalam duniamu yang baru ini
tapi usang bagi kami
pepohonan berdahan kukuh
bukan tempat engkau bergantung
dedaunan yang lebat merimbun
bukan tempat engkau bernaung
buah-buahan masak ranum
mungkin tak dapat kau kecap manisnya...

Ku lagukan resah ini
dalam bahasa kehampaan
bertemankan seruling bambu yang retak
lagu pohon berdahan kukuh
lagu dedaunan lebat merimbun
lagu buah-buahan masak ranum
adalah taman permainan pusaka
tinggalan nenek moyang kita.
tapi tulisan di geran asalnya
kian kabur dimakan masa
semakin kelam dan sukar dibaca.

Ku lagukan resah ini
buat anak yang ku nanti
ku serahkan engkau untuk bernyanyi
dengan rentak zaman mu nanti !.

Danial Harris
Tepi Pantai Pontian

Mengemis Lagi...


Mana pergi ketua Umno kat Tanjung Agas?, mana pergi ketua kampung kat Tanjung Agas? Semua nak tunggu orang mampus baru nak tolong. Bila berita keluar surat khabar buat-buat pura terperanjat la korang... Pakai baju melayu sepasang cepat-cepat sebab nak masuk Metro ngan TV3. Muka tak tahu malu, apa bangsa punya orang macam ini..

Rakyat ambil tahu..


Rakyat tidak buat spekulasi... ia tercipta dari dalam kepala...
Kita serahkan kepada polis. Takkan kita nak siasat sendiri. Cuma budak tu dah mati. Ahli keluarganya telah hampa..... (klik gambar untuk baca artikel)

Tuesday, April 27, 2010

Kena tipu lagi..!


Lagi-lagi pompuan kena tipu.. tak belajar dari sejarah ke? Tak baca surat khabar? Watpe org yang tak tau asal usul dibuat kawan. Senang-senang diberi kepercayaan. Pompuan...pompuan.... nape la lembab sangat.

BAHASA SYAITAN

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
dengarkan ia baik-baik
ketahui ia sekadarnya
buat mengenal pemiliknya.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
tidak rugi jika tidak memahaminya
lantaran kuat benar ku dengar
lolongannya dari neraka.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
jangan anakmu mendengarnya
lebih dahulu dari azan
alangkah besarnya kerugian
jika ia memahaminya
sebelum memahami Al Furqan.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
yang merajai dunia sezaman
yang memujuk rayu anak-anakmu
dengan gula-gula dunia
di langit terbuka.