Anda bahagia dalam CINTA?

Kami di kelab ini perlukan sokongan anda.. Berikan undian dan komen anda di ruangan undian dan ruangan 'comment' pada setiap artikel. Semoga ALLAH merahmati kamu. Kamu kawan saya !!

Thursday, April 29, 2010

Ku Lagukan Resah Ini...


(.. kenangan buat arwah adik Aminulrashid)

Kulagukan resah ini
buat anak yang ku nanti
tika lahir tubuhmu ke dunia
ayahmu ini telah pun piatu
tapi engkau masih punya
aku dan ibumu.

Minumlah susu ibumu sepuasnya
biar kuat berjalan berlari
subur segak naluri insani
tiadalah menjadi seumpama kami;
Ibunda kami menyusukan kera di hutan
kami merengek di buaian kehausan
merangkak sendiri, bertatih sendiri
sendiri berjalan jatuh, sendiri jadi dewasa
akhirnya bisa juga berlari dan berlari
hingga begitu terasakan ketakutan
seperti dikejar sesuatu
yang kami tidak tahu(?)

Ku lagukan resah ini
buat kau anakku putera
atau puteri
andai direnung nasib kami kini
atau tiada Tuhan dalam hati
terasakan tiadanya kemampuan
walau sekadar mengajar engkau berdiri
tapi kami punya suatu mimpi
akan kelahiran seorang pahlawan
atau serikandi.

Dalam duniamu yang baru ini
tapi usang bagi kami
pepohonan berdahan kukuh
bukan tempat engkau bergantung
dedaunan yang lebat merimbun
bukan tempat engkau bernaung
buah-buahan masak ranum
mungkin tak dapat kau kecap manisnya...

Ku lagukan resah ini
dalam bahasa kehampaan
bertemankan seruling bambu yang retak
lagu pohon berdahan kukuh
lagu dedaunan lebat merimbun
lagu buah-buahan masak ranum
adalah taman permainan pusaka
tinggalan nenek moyang kita.
tapi tulisan di geran asalnya
kian kabur dimakan masa
semakin kelam dan sukar dibaca.

Ku lagukan resah ini
buat anak yang ku nanti
ku serahkan engkau untuk bernyanyi
dengan rentak zaman mu nanti !.

Danial Harris
Tepi Pantai Pontian

Mengemis Lagi...


Mana pergi ketua Umno kat Tanjung Agas?, mana pergi ketua kampung kat Tanjung Agas? Semua nak tunggu orang mampus baru nak tolong. Bila berita keluar surat khabar buat-buat pura terperanjat la korang... Pakai baju melayu sepasang cepat-cepat sebab nak masuk Metro ngan TV3. Muka tak tahu malu, apa bangsa punya orang macam ini..

Rakyat ambil tahu..


Rakyat tidak buat spekulasi... ia tercipta dari dalam kepala...
Kita serahkan kepada polis. Takkan kita nak siasat sendiri. Cuma budak tu dah mati. Ahli keluarganya telah hampa..... (klik gambar untuk baca artikel)

Tuesday, April 27, 2010

Kena tipu lagi..!


Lagi-lagi pompuan kena tipu.. tak belajar dari sejarah ke? Tak baca surat khabar? Watpe org yang tak tau asal usul dibuat kawan. Senang-senang diberi kepercayaan. Pompuan...pompuan.... nape la lembab sangat.

BAHASA SYAITAN

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
dengarkan ia baik-baik
ketahui ia sekadarnya
buat mengenal pemiliknya.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
tidak rugi jika tidak memahaminya
lantaran kuat benar ku dengar
lolongannya dari neraka.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
jangan anakmu mendengarnya
lebih dahulu dari azan
alangkah besarnya kerugian
jika ia memahaminya
sebelum memahami Al Furqan.

Suara dan bahasa itu
suara dari bahasa syaitan
yang merajai dunia sezaman
yang memujuk rayu anak-anakmu
dengan gula-gula dunia
di langit terbuka.

Monday, April 26, 2010

TANAH


Terimalah sebuah sajak dari saya berjudul 'TANAH'

Tanah pusaka tinggalan nenek
yang damai tak terusik belukarnya
menghutan oleh masa tetap dalam hati ini
penuh cinta, penuh kasih seribu rindu.

Pada lalangnya ada darah dari luka jari nenek
pada belukarnya penuh baja dari peluh nenek
pada hutannya masih tersimpan
harapan buat cucumu yang derhaka ini.

Tanah pusaka tinggalan nenek
kupertahankan seperti mempertahankan
kehidupan sempit ini
yang kian hari kian amat menghimpit
mendesak dan mendesak namun
pertahan tetap ku pertahankan.

Pada benteng pertahanan ini ada kehidupan
yang sempit mendesak dan mendesak
kesanggupan seorang cucu untuk mengecapi
darah dari luka jari nenek
menghirup payau peluh nenek
menghimpun kesanggupan itu
dalam cinta dalam kasih seribu rindu

Pada dosa-dosa ini
ampunkan aku nenek yang dikejar masa
menghambat usia dewasa
dalam cinta penuh kasih seribu rindu
harus membayar harga perkahwinan
yang kini semakin mahal !
tanpa niat derhaka bahkan
demi kewajiban akal dan cinta juga.

Tanah pusaka tinggalan nenek
yang damai tak terusik belukarnya takkan terusik
menghutan oleh masa jadi kenangan dalam hati
kini tinggal cinta, tinggal kasih, tinggal luka

Ampunkan aku nenek
seorang cucumu yang miskin dan derhaka.

Danial Harris
27 04 1

Sunday, April 25, 2010

Hai mak bapak, jangan tahu beranak saja.!


Nak bunuh diri lagi. Kelmarin pelajar sekolah menengah, hari ini murid Tahun 5. Dimanakah mereka ini belajar menyelesaikan masalah dengan cara bunuh diri. Mak ayah tahu beranak saja. Nak cakap 'sayang' kat anak pun susah. Rupa-rupanya PUTUS CINTA bukan sahaja untuk pasangan kekasih, anak-anak juga kerap putus cinta dengan orang tuanya...
Berapa ramai lagi yang putus cinta dengan orang tuanya tapi tak bunuh diri.. hanya memendam rasa dan menderita sorang-sorang...

Tiap-tiap hari ada orang kena tipu..


Jangan beli barang tepi jalan begitu saja. Itu telefon bimbit tipu.. nasib baik duit dapat balik. Kalau orang yang merapati kita guna pukau pulak.. kena lagi.! Habis beribu ringgit lagi.. Dah banyak cerita dalam akhbar, masih nak layan orang tak dikenali kat tepi jalan. Muslimah semua beringat-ingatlah..
Islam tak dapat ditegakkan dengan politik demokrasi. Demokrasi seperti sebiji bola yang direbut oleh pemain-pemain yang akhirnya hanya mendapat penat dan cedera. Pengadilnya adalah Yahudi bernama PBB.
Islam yang ditegakkan oleh politik demokrasi akan dibatasi oleh sempadan politik kenegaraan dan kenegerian. Selepas Islam menang di satu negeri melalui demokrasi. Ia tidak punya kuasa lagi untuk melangkaui negara lain. Yang berkuasa melangkau ke negara lain adalah Yahudi melalui PBB. Masihkah anda seronok dengan demokrasi? Masihkah anda seronok dengan demokrasi?? Masihkah???

Saturday, April 24, 2010

Memey taknak kawin lari (Metro hari ini..)


Ya, betul, jika keadaan semakin baik dan diterima, tak perlu kahwin lari. Kahwin lari hanya perlu dilakukan jika keadaan tidak memungkinkan kita berkahwin secara lebih 'beradat.'
Bagaimanapun perlu juga dimaklumkan bahawa kahwin lari itu tidaklah lebih hina dari kahwin 'beradat' kerana kahwin lari itu sendiri dilakukan oleh pendokong-pendokong adat Islam dari kalangan remaja dan lain-lain pihak terdesak.
Kahwin 'beradat pun hari ini hanyalah penyumbang kepada pembaziran, maksiat, kemegahan, kehinduan lalu tidaklah mendapat ia akan keberkatan dari ibadat itu sepenuhnya.
Allah merestui kahwin lari dari bercinta tanpa perkahwinan. Penghujungnya hanyalah perpisahan dan dosa. Allah sangat 'sporting' melayani orang muda. Jika bapa yang sepatutnya menjadi wali telah bertukar kepada telinga kuali. Tidak mahu mendengar. Tidak perlulah dia mendengar lagi.
Cuma berhati-hati buat anak remaja yang ingin kahwin lari.., dapatkah anda pastikan si dia seorang yang benar-benar bertanggung jawab?
Jawapan tersebut sebenarnya telah ada. Lelaki yang ingin membawa anda lari adalah jauh lebih baik dari lelaki yang tidak mahu bertanggung jawab langsung. Lelaki itu lebih beragama dari dia meninggalkan anda dalam kekecewaan dan terluka...
Lelaki yang sanggup kahwin lari jauh lebih bertanggungjawab dan gentleman... dari ibubapa yang sanggup anaknya menjadi bohsia dan membuang bayi, asalkan tidak diketahui orang.
Lelaki itu jauh..jauh lebih baik... Selamat Pengantin Baru..!!

Jangan Salahkan Lelaki Saja...


Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.. tapi kita lihat perempuan juga yang menjadi mangsa. Dia terpaksa lantaran cinta atau dia ini seronok dengan kerjanya, dan cerita-cerita lain itu hanya sebagai alasan saja.
Hari ini menjual diri dengan alasan teman lelaki, esok jadi keldai dadah lantaran tipudaya cinta awang hitam. Ya.. lelaki mengambil kesempatan, tetapi apakah perempuan ini dilahirkan dengan tidak punya akal langsung? Yang pasti ia tiada kecintaan kepada Islam dan ALLAH swt. Mungkin sebab tak bersekolah ugama. Dan cinta yang terlalu membuak-buak kepada hawa nafsunya sendiri. Ingin sedap, ingin kaya, ingin bebas seperti orang Barat.

Bisikan-bisikan Barat sentiasa menyeru ke dalam fikirannya:

'... wahai perempuan moden dan sofitikated... kamu boleh buat apa yang lelaki boleh buat. Kita perjuangkan persamaan gender. Dunia bukan milik lelaki Islam saja. Ia milik perempuan juga... Berzinalah sebagaimana lelaki berzina... kamu akan maju dan bahagia...

Mereka pun merokok, berzina, melacur, minum arak... akhirnya di dalam video lucah perempuan barat di jadikan seperti binatang. Perempuan Timur dalam perjalanan memperjuangkan hak-haknya...

Akhirnya Awang Hitam dan Benggali Putih membayar mereka beberapa dolar... di atas keberanian mereka itu menyahut cabaran memperjuangkan hak untuk menjadi pelacur!

Jauh disudut hatiku.. masih amat percaya.. gadis Islam masih tetap mulia..!

Friday, April 23, 2010

Suami bermadu?


Wah.. ini satu hal lagi. Suami dimadukan. Kalau baca sampai habis, sebenarnya suaminya telah pun menceraikannya (walaupun katanya, dipaksa sanak saudara) cuma belum didaftarkan. Jadi apa nak di kata... Sebagai manusia saya bersedih melihat seseorang yang putus cinta.
Sungguh... apabila melihat dua pasangan sedang duduk di tepian pantai dan berbual dengan bahagia, saya seperti tumpang genbira.
Cuma sesekali terdetik di hati ini, esok.. siapakah di antara mereka berdua itu yang akan terluka.

Maklumlah sebuah cinta....

Tingkatan 2 nak bunuh diri sbb putus cinta... emm. Jangan suka. Mungkin anak anda pula esok akan begitu??? Pendapat anda diperlukan. Pelajar spesies apa yang akan berkelakuan begini. Apakah adik-adik saya dan anak-anak anda dari spesies yang sama. Mari kita mula mencegahnya hari ini.
Tapi bagaimana? Tulis pendapat anda di comment di bawah. Terima kasih.

Jaga jijik...


Nasib baik pelajar tersebut menceritakan apa yang berlaku pada ibunya. Jika tidak, apakah yang akan berlaku seterusnya..?


Pembaca tolong bagi pendapat anda dan hantar komen anda. Saya perlukan sedikit pendapat dari anda berkenaan ' Ayat yang bagaimana untuk ibubapa perkatakan pada anak-anak supaya mereka beritahu kita yang mereka telah di cabul?

Contoh : Bagi tahu mama jika ada orang yang cuba... dot dot dot.

Thursday, April 22, 2010

Lorong Cinta..


Suatu masa lalu..
aku pernah tersesat di lorong ini
lorong apakah ini??
aku terlupa namanya.

Ya.. seingat aku,
di simpang ini banyak bunga-bunga
ada air pancur-pancuran
tapi apa yang ada di penghujung lorong ini?
sungguh aku terlupa..?

Suatu masa dahulu
aku pernah ke sini
berada di lorong ini..
aku tersesat dipenghujungnya?

Ya..! aku pernah berada di sini
di lorong ini.
Hujung gelap jalan mati!
tapi...apakah namanya lorong ini???

Ya..! aku pernah berada di sini
di lorong ini
persimpangannya penuh bunga-bunga..
penghujungnya gelap. Gelap sekali!

Aku sudah ingat.
Lorong ini penuh erti dan makna
di sini aku pernah tertawa dan menderita

Aku sudah ingat nama lorong ini..
Lorong CINTA!





Wednesday, April 21, 2010

Duda lebih pandai mengorat...


Duda menjadi pilihan pada seseorang yang telah jatuh cinta dengan seorang duda. Bujang menjadi pilihan pada seorang yang telah jatuh cinta pada seorang bujang. Segalanya lantaran jodoh. Orang bujang lebih ramai dari duda. Cuma duda dalam banyak keadaan lebih pandai mengorat, lebih berani melahirkan keinginan.

Tentula dipercayai bahawa duda 'lebih layak' melahirkan keinginan terhadap seks apabila dia ingin berkahwin. Dan si gadis 'tidak canggung' untuk mendengarnya! Maklumlah duda...

Kestabilan atau 'rupa' macam stabil adalah satu kelebihan bagi duda. Kematangan atau 'rupa' macam matang juga adalah satu kelebihan. Sebab perempuan suka yang begitu. Maka adalah baik bagi para remaja yang layak berkahwin, berperangai matang dan belajar bersifat matang. (..ops matang bukan satu hipokrasi..!).

Terpulang kepada anda. Jika saya perempuan.., saya suka duda yang baik atau bujang yang baik.. Mana-mana pun boleh!


Harian Metro muka depan...


Anak selalu buat salah, ibubapa tidak tahu. Bila kena marah bapa datang ke sekolah. Bila patah rahang guru akan di dakwa. Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya tidak tahu hal yang sebenar.

Bukan ibubapa sahaja yang patah rahang, dalam kes-kes yang lain guru-guru juga banyak yang cedera di pukul ibubapa. Sebab itu saya sangat bersetuju jika nisbah 50-50 bagi guru lelaki dan perempuan dilaksanakan seperti yang diwar-warkan.

Ibubapa dinasihatkan jangan datang ke sekolah membawa amarah dari rumah. Kemudian bila bertemu dengan guru wanita, tentulah yang marah akan menjadi semakin garang. Maklumlah berhadapan dengan perempuan.

Dalam hal ini, sebagai seorang guru perempuan, suami saya selalu berpesan, '..jangan takut dengan ibubapa yang datang ke sekolah marah-marah. Jika dia pukul Miss, biar abang ajar dia..'
Itu pesan suami saya, alhamdulillah saya pula bukanlah seorang guru di benci oleh pelajar saya.

Mengenai guru yang dibenci oleh pelajar-pelajar pula, apa masalahnya? Selalunya guru ini akan memukul, menampar murid-murid tanpa usul periksa. Dia menganggap mana-mana murid yang berpeleseran di sekitar sekolah adalah ponteng kelas, lalu ditampar. Sesiapa saja yang lewat ke sekolah adalah malas bangun tidur, lalu di tampar juga. Mana boleh begitu..

Rekod seseorang pelajar mesti dikenal pasti untuk dijadikan penilaian. Sama seperti mahkamah yang selalunya meringankan hukuman bagi kesalahan pertama. Yang Arif tentu arif dan guru-guru juga mesti arif dan berdiplomasi kerana kita adalah guru.

Para ibubapa pula janganlah datang ke sekolah membawa amarah. Bertembung dengan guru yang lemah, maka si guru akan cedera, bertembung dengan guru yang kuat, ibubapalah yang akan cedera. Kita tidak mahu berlaku apa-apa pergaduhan dan kecederaan. Ini tidak bagus sama sekali.

Kebanyakan pelajar hari ini selalu tidak menghormati guru. Fikirkan kembali wahai ibubapa, adakah kalian pernah berpesan pada anak-anakmu, hormatilah guru-gurumu? Atau, pesanan yang hanya akan membuat anak-anak murid kami semakin kurang ajar, ' ..jika cikgu pukul kamu bagitau bapak, tahulah aku ajar dia..'

Bagaimanakah pelajar-pelajar sebegini akan mendapat pelajaran????



Sumbangan Cikgu Miss..

Tuesday, April 20, 2010

Pendidikan Seks.


Pendidikan seks sememangnya tidak perlu bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam konteks satu pengkhususan matapelajaran.
Menyokong pendapat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia hanya perlu diselitkan dalam pendidikan moral bagi bukan Islam dan telah sedia ada dalam Pendidikan Islam, cuma perlu ditambah baik.( Harian Metro hari ini 21 April 2010).

Menyorot tulisan saya 'Remaja Kami..." telah ada jawapan bagi persoalan yang tersebut. Ini semua dapat dimengerti sebagai salah satu percaturan Barat dalam melancarkan serangan moral secara tersembunyi melalui pendidikan.

Perlu diingat Barat akan memperbesar-besarkan isu seks seolah-olah ia sangat penting hingga ia patut diberikan satu masa khusus bagi remaja Dunia Ke 3 dan Dunia Islam khususnya untuk hanya menumpukan tentang seks.

Mereka tahu Pendidikan seks dalam Islam sudah lengkap. Ia disampaikan melalui saluran agama. Maka satu usaha perlu dilakukan supaya seks dan agama perlu dipisahkan.Saya amat berharap Timbalan Perdana Menteri menyedari tentang hal ini.

Seks- suatu yang semula jadi. Sama seperti ingin makan dan minum.Ada orang mati kerana seks. Ada orang yang mati kerana makan. Membunuh dan dibunuh, menderita pelbagai penyakit lantaran seks. Begitu juga dalam hal makan.

Persoalannya, mengapa Barat dan pendokong Pendidikan Seks tidak menganjurkan satu mata pelajaran khusus perihal makan?

Sebabnya, mati sebab makan tidak hina? Betulkah? Atau ada sebab yang lain?

Salah satu sebab yang lain ialah, Kawalan seks umat Islam masih sangat utuh di seluruh dunia. Institusi perkahwinan umat Islam adalah yang terkuat dan terbaik di mata dunia dan Barat. Maka , ini perlu dimusnahkan.

Tentulah ruang yang terbatas ini tidak mampu menceritakan segalanya. Sebelum terlambat sekali lagi saya ingin bertanya.. mana ulama anti Pendidikan Seks??? Sedang tidurkah mereka? Atau mereka juga suka anak mereka belajar tentang seks tidak melalui seorang ustaz atau ustazah? Belajar tentang penggunaan kondom agar tidak dijangkiti HIV dan AIDS? ...dari seorang yang tidak suka bersembahyang?

Guru itu hanya akan mencarut-carut di dalam kelasnya....

Petua Cinta (1)


Add Image

Kahwinilah orang yang terlalu mencintai kamu, bukan kamu yg terlalu mencintainya.

Saya tak bermaksud, kahwin tanpa cinta. Jangan berkahwin tanpa cinta. Saya pun tak nak. Maksudnya, di antara dua kekuatan cinta itu. Kamu tentu boleh merasa dan menyedari kekuatan cinta pasangan kamu kepada kamu. Jika kamu rasa si dia terlalu mencintaimu, amat selamat bagi kamu untuk menerima orang itu.

Kamu sendiri tahu orang yg tidak menunjukkan rasa cintanya, sememangnya rasa cinta itu tidak sekuat mana! Buat apa dipilih jadi suami/isteri. Kamu hanya memilih orang yang mencintaimu separuh hati, dan hidup bersamanya selamanya... bosannya...!!!!

Cinta Kami Suci..!


Anak remaja dan cinta..
masakan dapat dipisahkan..
cinta itu memang untuk orang muda.
yang belum pernah kecewa.

Yang tua
yang dewasa,
perhatikan.. perhatian.
bukan halang.. menentang.

Tuhan memberi restu
alam turut meraikannya
malam tiba-tiba ada bintang
siang tiba-tiba ada angin bayu
mentari senja juga statik di ufuk barat
mereka meraikan cinta kami...

lantaran di hati kami
Cinta itu masih suci.!

Monday, April 19, 2010

Penghujung Rindu?


Kematian buat kita rasa sedih.. rindu yang tak dapat diubati..rindu untuk terus rindu.. Al Fatihah untuk Achik.

Kahwin Lari...


Anak remaja seperti aku... telah jatuh cinta.
Maka.. aku bertanya pada diriku sendiri apakah hukumnya jatuh cinta itu?
Jika tidak berdosa untuk jatuh cinta..., mengapa cinta kami ditentang?
Atau, jika jatuh cinta itu sungguh suatu kesalahan,
untuk apa kita ini punya hati?

Bukankah tidak dijadikan bunga itu untuk kumbang?
Pasangan bulan itu adalah matahari?
Siang setia menunggu malam...
Maka hati itu..,
Tidak dijadikan ia lantaran Allah itu Maha Pencinta?

Sunday, April 18, 2010

Cinta Tanpa Facebook


Cinta tanpa fb..
Lebih lama,
lebih tahan,
lebih utuh...

Cinta tanpa fb
lebih kekal,
lebih manis,
lebih mesra.

Cinta tanpa fb,
lebih jujur,
lebih setia,
lebih terikat...

Cinta tanpa fb...
lebih rindu...
dan penuh dengan kemanusiaan.

Masihkah...

Masihkah ada kemanisan pada pertemuan kedua ini?

atau,

Masih ada dendam?

Masihkah ada benci?

Masihkah ada iri?

Tidak ada lagi kemaafan?

Sudah putus persaudaraan?

Masihkah kau merawat luka itu?

Masih terasa pedihnya????

Jika masih...

Itu tandanya masih ada cinta..!


Bila Putus Cinta...


Menggeletar...

sedih... sayu...

sendu.

aku rasa terperosok jauh dan dalam...

tidak ada suara...

sunyi.

mata aku masih terbuka

aku lihat manusia masih ramai disekelilingku...

tapi mengapa?

tidak ada suara...

sunyi...

sunyi sekali...!

simpang-siur kereta di simpang ini...

pemandu menekan hon..

tapi mengapa?

tidak ada suara????

sunyi...

sunyi...

sunyi.