Anda bahagia dalam CINTA?

Kami di kelab ini perlukan sokongan anda.. Berikan undian dan komen anda di ruangan undian dan ruangan 'comment' pada setiap artikel. Semoga ALLAH merahmati kamu. Kamu kawan saya !!

Wednesday, April 21, 2010

Harian Metro muka depan...


Anak selalu buat salah, ibubapa tidak tahu. Bila kena marah bapa datang ke sekolah. Bila patah rahang guru akan di dakwa. Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya tidak tahu hal yang sebenar.

Bukan ibubapa sahaja yang patah rahang, dalam kes-kes yang lain guru-guru juga banyak yang cedera di pukul ibubapa. Sebab itu saya sangat bersetuju jika nisbah 50-50 bagi guru lelaki dan perempuan dilaksanakan seperti yang diwar-warkan.

Ibubapa dinasihatkan jangan datang ke sekolah membawa amarah dari rumah. Kemudian bila bertemu dengan guru wanita, tentulah yang marah akan menjadi semakin garang. Maklumlah berhadapan dengan perempuan.

Dalam hal ini, sebagai seorang guru perempuan, suami saya selalu berpesan, '..jangan takut dengan ibubapa yang datang ke sekolah marah-marah. Jika dia pukul Miss, biar abang ajar dia..'
Itu pesan suami saya, alhamdulillah saya pula bukanlah seorang guru di benci oleh pelajar saya.

Mengenai guru yang dibenci oleh pelajar-pelajar pula, apa masalahnya? Selalunya guru ini akan memukul, menampar murid-murid tanpa usul periksa. Dia menganggap mana-mana murid yang berpeleseran di sekitar sekolah adalah ponteng kelas, lalu ditampar. Sesiapa saja yang lewat ke sekolah adalah malas bangun tidur, lalu di tampar juga. Mana boleh begitu..

Rekod seseorang pelajar mesti dikenal pasti untuk dijadikan penilaian. Sama seperti mahkamah yang selalunya meringankan hukuman bagi kesalahan pertama. Yang Arif tentu arif dan guru-guru juga mesti arif dan berdiplomasi kerana kita adalah guru.

Para ibubapa pula janganlah datang ke sekolah membawa amarah. Bertembung dengan guru yang lemah, maka si guru akan cedera, bertembung dengan guru yang kuat, ibubapalah yang akan cedera. Kita tidak mahu berlaku apa-apa pergaduhan dan kecederaan. Ini tidak bagus sama sekali.

Kebanyakan pelajar hari ini selalu tidak menghormati guru. Fikirkan kembali wahai ibubapa, adakah kalian pernah berpesan pada anak-anakmu, hormatilah guru-gurumu? Atau, pesanan yang hanya akan membuat anak-anak murid kami semakin kurang ajar, ' ..jika cikgu pukul kamu bagitau bapak, tahulah aku ajar dia..'

Bagaimanakah pelajar-pelajar sebegini akan mendapat pelajaran????



Sumbangan Cikgu Miss..

No comments: