Anda bahagia dalam CINTA?

Kami di kelab ini perlukan sokongan anda.. Berikan undian dan komen anda di ruangan undian dan ruangan 'comment' pada setiap artikel. Semoga ALLAH merahmati kamu. Kamu kawan saya !!

Tuesday, April 20, 2010

Pendidikan Seks.


Pendidikan seks sememangnya tidak perlu bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam konteks satu pengkhususan matapelajaran.
Menyokong pendapat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia hanya perlu diselitkan dalam pendidikan moral bagi bukan Islam dan telah sedia ada dalam Pendidikan Islam, cuma perlu ditambah baik.( Harian Metro hari ini 21 April 2010).

Menyorot tulisan saya 'Remaja Kami..." telah ada jawapan bagi persoalan yang tersebut. Ini semua dapat dimengerti sebagai salah satu percaturan Barat dalam melancarkan serangan moral secara tersembunyi melalui pendidikan.

Perlu diingat Barat akan memperbesar-besarkan isu seks seolah-olah ia sangat penting hingga ia patut diberikan satu masa khusus bagi remaja Dunia Ke 3 dan Dunia Islam khususnya untuk hanya menumpukan tentang seks.

Mereka tahu Pendidikan seks dalam Islam sudah lengkap. Ia disampaikan melalui saluran agama. Maka satu usaha perlu dilakukan supaya seks dan agama perlu dipisahkan.Saya amat berharap Timbalan Perdana Menteri menyedari tentang hal ini.

Seks- suatu yang semula jadi. Sama seperti ingin makan dan minum.Ada orang mati kerana seks. Ada orang yang mati kerana makan. Membunuh dan dibunuh, menderita pelbagai penyakit lantaran seks. Begitu juga dalam hal makan.

Persoalannya, mengapa Barat dan pendokong Pendidikan Seks tidak menganjurkan satu mata pelajaran khusus perihal makan?

Sebabnya, mati sebab makan tidak hina? Betulkah? Atau ada sebab yang lain?

Salah satu sebab yang lain ialah, Kawalan seks umat Islam masih sangat utuh di seluruh dunia. Institusi perkahwinan umat Islam adalah yang terkuat dan terbaik di mata dunia dan Barat. Maka , ini perlu dimusnahkan.

Tentulah ruang yang terbatas ini tidak mampu menceritakan segalanya. Sebelum terlambat sekali lagi saya ingin bertanya.. mana ulama anti Pendidikan Seks??? Sedang tidurkah mereka? Atau mereka juga suka anak mereka belajar tentang seks tidak melalui seorang ustaz atau ustazah? Belajar tentang penggunaan kondom agar tidak dijangkiti HIV dan AIDS? ...dari seorang yang tidak suka bersembahyang?

Guru itu hanya akan mencarut-carut di dalam kelasnya....

No comments: